Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Ichigo Home Bakers

Pavlova




Apa dia Pavlova ni?
Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Black Forest




BLACK Forest cake (American-English) and BLACK Forest gateau (British-English) adalah nama Inggris untuk desert Jerman selatan atau Schwarzwälder Kirschtorte (harfiahnya "Black Forest Cherry Torte").



Biasanya, Black Forest terdiri dari beberapa lapisan kue coklat, dengan whipped cream dan ceri antara setiap lapisan. Lalu kue yang dihiasi dengan tambahan krim kocok, maraschino ceri, dan serutan coklat. Dalam beberapa tradisi Eropa ceri asam digunakan baik antara lapisan dan untuk menghias bagian atas. Secara tradisional, Kirschwasser ditambahkan ke kue, walaupun minuman keras lain juga digunakan (seperti rum, yang umum di Austria resep). Di Amerika Serikat, Black Forest cake yang paling sering disiapkan tanpa alkohol.



Sejarah 

Kombinasi paling awal di Black Forest yaitu ceri, krim, dan Kirschwasser mungkin tidak dalam bentuk kue melainkan sebagai makanan penutup. Ceri tersebut dimasak dan disajikan dengan krim dan mungkin Kirschwasser. Sebuah menggabungkan kue ceri, biskuit dan krim (tapi tanpa Kirschwasser) mungkin berasal dari Jerman. Hari ini, Kanton Zug terkenal di dunia untuk Zuger Kirschtorte, biskuit berbasis kue yang sebelumnya tidak mengandung Kirschwasser. Sebuah versi lain dari Kanton Basel juga ada. Para pembuat manisan Josef Keller (1887-1981) mengklaim telah menemukan Schwarzwälder Kirschtorte dalam bentuk yang sekarang pada 1915 dalam kemudian menonjol di Bad Agner Café Godesberg. Klaim ini, bagaimanapun, belum pernah terbukti.

Schwarzwälder Kirschtorte pertama kali disebutkan dalam menulis pada tahun 1934. Pada saat ini dikenal terutama di Berlin dan juga di confectioners baik dalam bahasa Jerman, Austria dan Swiss kota. Pada tahun 1949 itu mengambil 13 tempat di daftar paling terkenal kue Jerman. Dari saat ini dan seterusnya, Schwarzwälder Kirschtorte menjadi terkenal di dunia.


Lunch: Spaghetti Alio Olio. Yummy...


Wink-Wink.. Hye Semua.. Selamat Petang.. 
Hari ni saya lunch Spaghetti Aglio Olio, terasa teringin sangat dari minggu lepas, akhirnye menjadi jugak, walaupun ni kali pertama saya mencuba. Saya nak kongsi sedikit dengan kalian ni tentang spaghetti aglio olio ni. Sebenarnya full name bagi nama masakan ni memang boleh menyebabkan lidah bergulung dan tergulung. Menurut Encik Wikipedia, nama masakan yang saya masak ini adalah Spaghetti Aglio, Olio e Peperoncino.  Nasib baiklah masakan ini dikenali di seluruh dunia dengan namanya yang sedikit telah diringkaskan iaitu Spaghetti Aglio Olio.

Spaghetti Aglio Oglio ini merupakan masakan tradisi Italy yang berasal dari wilayah Abruzzo. `Aglio e Olio' bermaksud `Bawang Putih dan Minyak'. Spaghetti ini popular kerana penyediaannya yang mudah dan turut menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah.



Sesungguhnya apa yang ditulis oleh Encik Wikipedia itu benar belaka. Menyediakan Spaghetti Aglio Olio amat mudah (pendapat peribadi saya) kerana saya tak terasa pun tercabar atau dicabar ketika memasak masakan ini, meskipun ini adalah pertama kali saya memasak Aglio Olio.

Hati berdebar-debar jugalah kerana saya tak tahu apa rasa spaghetti ini. Tak sabar-sabar pula saya nak merasanya buat kali pertama. Surprise! Rasanya sangat sedap (disclaimer: Kalau anda tak suka masakan Italy, anda akan rasa tak sedap okay!).




Hasya yang amat memilih makanan pun boleh habis sepinggan. Jadi, memang sedaplah maksudnya. Dan, Spaghetti Aglio Olio memang mempunyai masa depan yang cerah di rumah saya ni. Akan ada kali kedua dan seterusnya untuk masakan tradisi Italy ini.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Saudara Amir Said di Oh Malaysia atas resepi oleh beliau. Seperti biasa, saya akan ubah sedikit memandangkan saya masak hanya untuk 3-4 orang makan.

Bahan-bahan

250 gm spaghetti
300gm makanan laut (Udang, sotong, kupang - saya tak letak kupang)
1/4 cawan olive oil
2 ulas bawang putih (kisar kering atau tumbuk)
1sk chili flakes
1sb oregano flakes
1sb parsley flakes
1/2sk lada hitam
1/2sk garam
1/2 kiub pati ayam


Cara-cara

Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.

Cuba tau jangan tak cuba. Kecuali anda memang tak makan pasta cuma suka makan nasi je... :)




Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.



Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.




Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.



Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.




Siap untuk dihidangkan.

Apakah Tiramisu?


Hye smua.. =)
Maaflah lambat update blog, tapi kali ni saya nak update pasal kek yang saya sudah olah dan pelajari dari Puan saya. Tentu ramai yang menggemari Kek Tiramisu. Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.



Tiramisu.. Terlalu sedap sampai terangkat.. SERIUS Yummy..


Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut. Dari pengalaman saya membuat kek tiramisu,keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer. Justeru itu, saya ingin menasihati para pengguna (blogger) semua agar berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini. Adalah lebih baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan keluarga anda. Atau kalau tiada masa nak menyediakan kek ini, anda tempah sahaja dengan saya. Di tanggung halal dan kebersihan di jamin ! =)



Wajah Baru, Artikel mesti baru


Hye Dear.. 

Cantik tak saya punye blog skrg ni?? hehe..
Ini la Wajah Baru Blog Saya pada thun 2013..
Btw thanz sangat dekat Adik Comel kite ni. Sebb dia yang edit blog saya kali ni.. :)
Anda semua tak kan rasa jemu tgk blog saya..
Dengan wajah blog baru dan artikel kek yang baru..
 
Copyright© Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Ichigo Homebakers.