Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Ichigo Home Bakers

Apakah Tiramisu?


Hye smua.. =)
Maaflah lambat update blog, tapi kali ni saya nak update pasal kek yang saya sudah olah dan pelajari dari Puan saya. Tentu ramai yang menggemari Kek Tiramisu. Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.



Tiramisu.. Terlalu sedap sampai terangkat.. SERIUS Yummy..


Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut. Dari pengalaman saya membuat kek tiramisu,keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer. Justeru itu, saya ingin menasihati para pengguna (blogger) semua agar berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini. Adalah lebih baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan keluarga anda. Atau kalau tiada masa nak menyediakan kek ini, anda tempah sahaja dengan saya. Di tanggung halal dan kebersihan di jamin ! =)



0 "Juri-Juri":

 
Copyright© Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Ichigo Homebakers.