Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Ichigo Home Bakers

BISKUT FAMOUS AMOS


Saya percaya ramai rakan-II di luar sana yang dah buat biskut kan..macam2 biskut boleh kita try, cuma kemahuan je yang perlu diperintiskan, kalau tak betul-II memang M juga nak memulakannya. *tekun beriya nak tolong letak ceri kat sekut tu.. * Berkisar kepada tajuk biskut hari ni, agak pelbagai juga resepi biskut suji untuk dicuba sebenarnya.Tapi kali ni saya berkesempatan untuk mencuba resepi ni..TQ buat penyumbang resepi.  

Bahan-bahan: 
  • 1 cawan butter 
  • 1 1/2 cwn tepung gandum 
  • 1/2 cwn tepung jagung 
  • 1 s/k soda bicarbonat 
  • 1 cawan gula halus 
  • 1 cawan gula perang 
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus) 
  • 12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey) 
  • 1/2 s/k garam 
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut) 
  • 2 biji telur 
  • 1 s/k baking powder 
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) 
  • 1 s/k vanilla 

Cara: 
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu. 
  2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat. 
  3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata. 
  4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. 
  5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

BISKUT BATANG BURUK POPIA MINI



Bersua lagi hari ni, alhamdulillah. Terasa terlalu cepat masa memintasi kita, pejam celik pejam celik dah sampai bulan Rejab 1435 Hijrah. Lagi sebulan je lagi dah sambut bulan Ramadhan.. Kali ni Ichi nak ceritakan tentang persediaan biskut raya. Biskut inilah yang diperbuat oleh Bonda. Namun resepi kali ini terlalu istimewa yang mengubah tradisi terun temurun.



BISKUT BATANG BURUK POPIA MINI.


Bahan-Bahan:-
  • 1 bungkus kulit popia saiz besar
  • kacang hijau secukupnya
  • gula halus secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara:-
  1. Kulit popia dipotong lebar 1 – 1.5 inci dan digulung. Lekatkan gulungan menggunakan telur atau air
  2. Goreng sehingga kulit popia kekuningan atau masak.
  3. Kacang hijau digoreng dengan api perlahan tanpa minyak. Goreng sehingga masak sehingga kulit kacang hijau bertukar warna. Sejukkan, kemudian dikisar sehingga halus serta di ayak.
  4. Kacang hijau kisar dan gula halus secukup rasa dicampur. Salutkan kulit popia menggunakan campuran kacang hijau dgn gula.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara untuk dinikmati bila-bila
 
Copyright© Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Ichigo Homebakers.