Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Ichigo Home Bakers

Pengenalan KEK..



Kek?? Apa itu kek? Pada orang yang baru ingin berjinak-jinak dalam bidang ini. Mari kita ketahui serba sedikit tentang kek..
Pengenalan Kek
Ø  Kek merupakan bater yang dibakar diperbuat dari tepung, gula, telur, lelemak, susu dan bahan penaik diadun dengan beberapa cara bagi menghasilkan adunan yang lembut dan gebu.
Ø  Udara dimasukkan kedalam bater dengan cara memukul bater serta penggunaan serbuk penaik.
Ø  Kualiti kek bergantung kepada banyak faktor seperti bahan, cara adunan dan suhu pembakaran.
Ø  Bater kek boleh dibakar di dalam pelbagai bentuk tin pembakar dan juga pelbagai saiz.
Ø  Dengan hanya menggunakan beberapa resepi asas kek, chef pastri dapat menghasilkan pelbagai jenis kek yang lain.
Ø  Dengan menambah beberapa jenis isian dan ising, kek asas boleh ditukarkan menjadi kek yang hebat serta tinggi nilainya.
PROSES PEMBUATAN KEK
Kek jenis bater
Ø  Sugar batter
Ø  Flour batter
Sugar Batter (creaming Method)
Ø  Semua bahan mestilah pada suhu bilik iaitu antara (22c- 25c- )
Ø  Gula dan lelemak dipukul sehingga gebu ini mengambil masa lebih kurang 5 minit dengan mesin atau 8 minit dengan tangan.
Ø  Telur dan perisa dimasukkan sedikit demi sedikit untuk menggelakkan ianya berketul.
Ø   Tepung, serbuk penaik dan bahan kering di ayak bersama dan dimasukan sedikit demi sedikit.
Ø  Akhir sekali masukkan cecair atau buah- buahan campuran
Ø  Mentega dan gula mesti dipukul pada kelajuan sederhana selama 5- 10 minit sehingga gebu.
Ø  Telur mesti dimasukkan satu persatu.
Ø  Telur mestilah pada suhu bilik.
Ø  Tepung digaul perlahan untuk mengelakkan gluten terbentuk. Ia akan mengakibatkan bater menjadi keras serta kehilangan udara.
Ø  Kadangkala bater kelihatan berketul- ketul seperti pecah minyak apabila telur dimasukkan kedalam adunan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor:
}  1. suhu bater terlalu tinggi atau rendah semasa proses adunan.
}  2. telur dimasukkan terlalu cepat dan adunan tidak digaul rata.
Ø  Cara mengatasi:
}  memcampurkan sesudu tepung kedalam adunan..
FLOUR BATTER METHOD.
Ø  Flour batter method memerlukan dua peringkat adunan.
Ø  Lelemak dan tepung dipukul hingga kembang.(span)
Ø  Telur dipukul bersama gula dalam mangkuk yang berlainan hingga tahap ribbon stage.
Ø  Adunan telur digaul bersama tepung tadi.
Ø  Sebarang cecair samada susu atau air dimasukkan diakhir proses pengadunan.
WHISKING METHOD
Ø  Putarkan telur dengan gula hingga gebu.
Ø  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. (folding)
Ø   Tuangkan lelemak (mentega/ margerine/ minyak jagung) sehingga rata.

KEK HIGH IN FATS
Ø  Kek high in fat bergantung kepada lelemak untuk memastikan kadar gluten rendah bagi menjamin kek yang lembut apabila siap dibakar.
Ø  Kek jenis ini mampu tahan lebih lama kerana mempunyai kadar lelemak yang tinggi dan memastikan kadar kandungan air dalam kek kekal lama.
Ø  Ianya menjadikan kek lebih lembab, kaya dengan rasa dan lebih lembut.

KEK LOW IN FATS
Ø  Kek low in fat memerlukan bahan yang lain bagi melembutkanya memandangkan penggunaan lelemak yang kurang didalam resepi.
Ø  Kek jenis ini biasanya mengandungi kadar gula yang tinggi yang mana salah satu fungsi gula adalah sebagai pelembut.
Ø  Ini termasukalah kek span yang menggunakan kaedah enjut dimana udara telur dipukul bagi membolehkan udara masuk kedalamnya dan membolehkan ianya kembang apabila dibakar.
Ø  Kek jenis ini merujuk kepada egg- foam cakes.
Ø  Egg- foam kek akan menghasilkan kek yang agak kering, lebih flexibel dan tidak banyak menghasilkan serdak apabila dipotong berbanding kek high in fat.
Ø  Oleh kerana kek jenis ini agak kering, maka kebanyakan chef akan menyapukan ia dengan air gula bagi menjadikannya agak lembab.
Ø  Ada tiga (3) kaedah asas untuk menyediakan kek jenis ini:
}   Sponge method
}   Chiffon method
}   Angel food method

MENYEJUKKAN KEK
Ø  Kek mestilah disejukkan terlebih dahulu sebelum boleh dipotong.
Ø  Selepas dibakar kek hendaklah dibiarkan dahulu di dalam tin pembakar selama 10 minit.
Ø  Cara menyejukkan kek:
}  Longgarkan keliling kek menggunakan spatula.
}  Letakkan rak kek (redai) di atas tin.
}  Terbalikkan kek dan angkat tin.
}  Kadangkala akan kelihatan garisan redai kek setelah diterbalikkan. Jadi untuk menggelakkan perkara ini terjadi maka letaklah tea towel atas redai sebelum terbalikkan kek.

MENYIMPAN KEK
Ø  Jangka masa sesuatu kek itu tahan disimpan bergantung kepada beberapa faktor:
}  Kek yang berising dan kek yang mengandungi lemak yang banyak  tahan lebih lama.
}  Kek span yang tidak berlemak elok dimakan pada hari ianya dibakar.
}  Kek yang berkrim mestilah disimpan di dalam peti sejuk.
}  Kek buah pula elok dibalut dengan kertas minyak ketika kek masih panas kerana ini boleh menambahkan kelembapan pada tekstur kek tersebut.

 
Copyright© Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Ichigo Homebakers.